ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2017

ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi bertujuan untuk mengiktiraf uasaha inovasi dan kreativiti yang menjana idea, ciptaan dan product baru dalam sains dan teknologi. Anugerah ini terbahagi kepada 7 kategori dan masing-masing mempunyai syarat tersendiri dan memerlukan peserta dari latar belakang yang berbeza iaitu dari sekolah, perkhidmatan, penyelidik, juruteknologi, media massa dan pelajar di peringkat IPT. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan. Sila muat turun borang pernyertaan dan borang percalonan untuk menghantar.

Carta alir bagi ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN)  adalah seperti berikut:
Carta Alir Ain 2017 Hadiah dan tarikh tutup bagi kategori yang di tawarkan adalah seperti berikut:

Hadiah, kategori dan tarikh tutup pernyertaan.

Syarat-syarat kelayakan dan Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut:

 Kategori Produk

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Produk inovasi hendaklah mempunyai perlindungan harta intelek dalam bentuk Paten atau Hakcipta atau Cap Dagangan.
  3. Produk inovasi yang dipertandingkan juga hendaklah pernah menyertai pertandingan lain dan/atau menerima anugerah di pelbagai peringkat penyertaan.

Kriteria pemarkahan.

  1. Produk inovasi merangkumi produk yang dihasilkan daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan di Malaysia.
  2. Produk inovasi yang bertanding mestilah yang telah dikomersilkan/digunapakai dan menjana pendapatan kepada syarikat, organisasi, dan penyelidik. Nyatakan trend hasil jualan dan pendapatan kepada syarikat, organisasi, dan penyelidik; (Sila lampirkan bukti seperti penyata kewangan, pesanan belian daripada pelanggan, perjanjian jualbeli atau seumpamanya).
  3. Produk inovasi mestilah yang telah menembusi pasaran dalam dan/atau luar negara, dan terdapat usaha ke arah memajukan dan mempromosikan produk melalui pengiklanan, penulisan dalam majalah atau akhbar serta media massa.
  4. Produk inovasi yang telah menjana peluang pekerjaan dan bisnes baru;
  5. Adanya usaha ke arah pengukuhan bisnes, antaranya seperti penambahbaikan produk yang berterusan, rancangan pengembangan pasaran dan pelaburan semula dalam bentuk peruntukan R&D.
  6. Peranan perekacipta produk inovasi dalam pengkomersilan produk, peranan dalam pengurusan perniagaan, perundingan serta bimbingan dan latihan teknikal kepada kakitangan syarikat.

Kategori Sekolah

Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan/swasta di Malaysia.

Kriteria Pemarkahan:

  1. Produk inovasi yang dipertandingkan mestilah ciptaan sendiri oleh pemohon dan ahli Kumpulannya.
  2. Status rekacipta produk inovasi yang dipertandingkan; sama ada di peringkat prototaip atau telah digunapakai sepenuhnya
  3. Produk inovasi yang mempunyai nilai komersial dan berpotensi menyelesaikan masalah; Impak produk inovasi kepada pengguna, alam sekitar dan perbezaan sebelum dan selepas produk digunapakai.
  4. Sumber dan jenis bahan yang digunapakai dalam penghasilan produk.

Kategori Perkhidmatan

Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.

Kriteria Pemarkahan:

  1. Inovasi Perkhidmatan adalah hasil cetusan ideakreatif dan inovatif yang membawa perubahan dalam pelaksanaan kerja/tugasan, sistem, prosedur atau kaedah. Inovasi dapat memberi peningkatan yang ketara dari aspek kualiti, produktiviti atau pengurangan yang ketara dari aspek kos dan keperluan tenaga kerja
  2. Ciptaan sendiri oleh kakitangan tetap di Jabatan di mana rekacipta atau inovasi dihasilkan dan digunapakai.
  3. Status tahap pelaksanaan produk inovasi dalam perkhidmatan telah digunapakai sepenuhnya.
  4. Dapat memberikan impak di pelbagai peringkat seperti Unit/Bahagian, Organisasi atau secara menyeluruh;
    • Kos penyelenggaraan dan pengendalian yang minima serta menggunakan local content yang maksima
    • Mesra pengguna dan alam sekitar.
    • Membantu dalam meningkatkan produktiviti kerja.
    • Mempunyai ciri keselamatan yang baik.
    • Mudah diadaptasikan dan digunapakai oleh Jabatan lain untuk kegunaan yang serupa/sama.

Kategori Akar Umbi

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia.
    • Pelajar-pelajar Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)/ Institut Kemahiran/ Politeknik/ Kolej Komuniti/ Kolej Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta.
    • Pengusaha produk akar umbi.
    • Persatuan-persatuan/Pertubuhan/Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan Individu yang mempunyai hasil inovasi yang boleh dimajukan.
  2. Produk yang belum menerima geran/tajaan daripada mana-mana agens kerajaan ataupun swasta.
  3. Produk inovasi hendaklah telah mencapai peringkat prototaip dan bukan di peringkat idea.
  4. Produk inovasi yang mempunyai tahap penjualan tidak mencecah RM50,000 setahun.

Kriteria Pemarkahan:

  1. Ketulenan idea.
  2. Kemampuan produk inovasi membantu dalam menyelesaikan masalah.·
  3. Produk inovasi yang mempunyai nilai komersial dari aspek kos pembuatan dan potensi pasaran serta mempunyai kemampuan pemindahan teknologi.
  4. Produk inovasi telah ataupun mampu menjana peluang pekerjaan.
  5. Sumber dan jenis bahan dalam penghasilan dan penciptaan produk.

Kategori Media

  1. Media Warganegara Malaysia
  2. Syarat-syarat karya kewartawanan (penerbitan dalam tempoh 1 September 2016 – 31 Julai 2017)
  3. Artikel – asli/salinan (min 4MP/ 2272×1704) & jika ada gambar (min 300 dpi/5 MP/ 2272×1704)
  4. Rakaman video (min 480p) / audio (min 16- bit/44.1kHz)(Semua bahan penyertaan berbahasa Cina hendaklah ada terjemahan tajuk dan sinopsis berita/rencana berkenaan dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.)

Kriteria Pemarkahan

  • Kualiti = 50 %  (Kejituan, kekinian, fakta, karya asli dsb)
  • Bahasa = 30 %  (Gaya bahasa yang tepat dengan mesej yang ingin disampaikan.)
  • Keberkesanan = 20 % (Meningkatkan tahap kesedaran/minat kepada STI,memberi kesan positif kepada usaha membudayakan STI dan dapat jadi sumber rujukan bagi pihak lain)

Anugerah Saintis Muda Negara

  1. Penyelidikan yang dijalankan hendaklah dalam salah satu bidang keutamaan.
  2. Saintis di bawah umur 35 tahun pada 31 Disember 2016 adalah layak untuk dicalonkan.
  3. Anugerah ini hanya dibuka kepada seseorang individu saintis/penyelidik warganegara Malaysia yang menjalankan projek R&D di pusat penyelidikan dan institusi pengajian tinggi awam/swasta atau organisasi penyelidikan swasta di Malaysia dan berdaftar di laman web https://krste.my/.
  4. Pencalonan hendaklah berasaskan penyelidikan asli yang cemerlang dan menyumbang kepada kemajuan S&T, sosio-ekonomi atau perindustrian negara.
  5. Kerja penyelidikan yang dikemukakan mestilah telah diterbitkan sebelum tarikh pencalonan.

Pemilihan Pemenang / Syarat.

  1. Pencalonan akan dinilai dan disenaraipendekkan oleh Panel Penilai untuk pemilihan pemenang. Panel Penilai boleh memanggil calon-calon untuk temuduga sekiranya perlu.
  2. Keputusan Panel Penilai adalah muktamad.
  3. Penerima Anugerah hendaklah bersedia untuk menyampaikan syarahan/ceramah mengenai hasil kerja yang memenangi Anugerah ini dari semasa ke semasa apabila diperlukan.

Prosedur Pencalonan

  1. Pencalonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang dilampirkan.
  2. Pencalonan hendaklah dibuat oleh Ketua Pusat Penyelidikan, Naib Canselor Universiti atau Ketua Organisasi Swasta di mana individu bekerja.

Anugerah Juruteknologi Negara

  1. Penyelidikan yang dijalankan hendaklah dalam salah satu bidang keutamaan.
  2. Juruteknologi (Juruteknik/Pembantu Makmal) warganegara Malaysia sahaja layak untuk dicalonkan.
  3. Anugerah ini hanya dibuka kepada juruteknologi (Juruteknik/Pembantu Makmal) yang menjalankan projek penyelidikan di pusat penyelidikan dan institusi pengajian tinggi awam/swasta atau organisasi penyelidikan swasta di Malaysia.
  4. Pencalonan hendaklah berasaskan usaha cemerlang yang menyumbang kepada kemajuan S&T, sosio-ekonomi atau perindustrian negara.
  5. Kerja dan penyelidikan spesifik yang dikemukakan mestilah belum mendapat sebarang penganugerahan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Pemilihan Pemenang / Syarat.

  1. Pencalonan akan dinilai dan disenaraipendekkan oleh Panel Penilai untuk pemilihan pemenang. Panel Penilai boleh memanggil calon-calon untuk temuduga sekiranya perlu.
  2. Keputusan Panel Penilai adalah muktamad.
  3. Penerima Anugerah hendaklah bersedia untuk menyampaikan syarahan/ceramah mengenai hasil  kerja yang memenangi Anugerah ini dari semasa ke semasa apabila diperlukan.

 Prosedur Pencalonan

  1. Pencalonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang dilampirkan.
  2. Pencalonan hendaklah dibuat oleh Ketua Pusat Penyelidikan, Naib Canselor Universiti atau Ketua Organisasi Swasta di mana individu bekerja.

 

Permohonan Yang Berjaya ke Peringkat Akhir

  1. Hanya sepuluh (10) pemohonan sahaja yang akan disenarai pendek untuk menyertai peringkat akhir Anugerah Inovasi Negara 2017 pada tarikh dan tempat akan dimaklumkan kemudian dan diwajibkan menyertai sesi pameran bermula jam 10:00 pagi sehingga jam 5:00 petang sepanjang National Innovation and Creative Economy Expo (NICE 2017) berlangsung.
  2. Perekacipta atau ahli kumpulan kepada inovasi yang dipertandingkan mesti berada di gerai pameran sepanjang pameran berlangsung.
  3. Peserta yang gagal berada di gerai pameran sepanjang pameran berlangsung akan mengakibatkan penyertaan terbatal dan tidak akan dianugerahkan sebarang anugerah walaupun terpilih sebagai pemenang.
  4. Setiap permohonan yang terpilih ke peringkat akhir dan menyertai pameran akan menerima saguhati berupa wang tunai berjumlah RM1,000.00 dan sijil penyertaan.
  5. Perkhidmatan keselamatan akan beroperasi sepanjang pameran berlangsung. Walau bagaimanapun, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan produk inovasi yang dipamerkan.

Anda boleh mendapatkan borang pencalonan dan penyertaan di sini:

  1. Anugerah Juruteknologi Negara
  2. ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA 2017
  3. Kategori Produk
  4.  Kategori Sekolah
  5. Kategori Perkhidmatan
  6.  Kategori Akar Umbi
  7. Kategori Media

Penghantaran borang Pencalonan*kecuali kategori Media

  1. Borang pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum/pada tarikh tutup untuk setiap kategori kepada alamat berikut:

URUS SETIA

ANUGERAH JURUTEKNOLOGI NEGARA 2017

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

BAHAGIAN PERKHIDMATAN, PEMBANGUNAN, DAN

PEMBUDAYAAN STI

ARAS 5, BLOK C5, KOMPLEKS C

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62662 PUTRAJAYA

(u.p: En Ahmad Syahir bin Mohd Nasir / Puan Katharine Devid)

2. Borang pencalonan yang diterima selepas tarikh tutup pencalonan tidak akan dinilai.

3. Sebarang pertanyaan berkaitan bolehlah hubungi pegawai berikut:

En. Ahmad Syahir Bin Mohd Nasir ([email protected]) 03-8885 8183

Pn. Katharine Devid ([email protected]) 03-8885 8879

En. Chan Choon Keat ([email protected]) 03-8885 8167

  1. Cara penghantaran untuk Kategori Media
    1. Menghantar borang permohonan bersama karya kewartawanan (dalam bentuk CD) ke alamat urusetia; ATAU
    2. Menghantar borang permohon dan karya kewartawanan (cth. WeTransfer) kepada e-mel urusetia; ATAU
    3. Bagi video & audio (WAJIB) : mengemukakan pautan Youtube berkenaan dalam borang penyertaan berkenaan.
, , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *